Majlis Daerah Jerantut    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
FAQ

Soalan-soalan Lazim



1. Apa yang boleh saya adu kepada Majlis Daerah Jerantut (MDJ) ? 

Jenis aduan yang diterima oleh MDJ adalah mengenai kelewatan / tiada tindakan, tindakan tidak adil, kekurangan kemudahan awam, kepincangan dasar dan kelemahan undang-undang, salah guna kuasa/penyelewengan, salah laku anggota awam, kegagalan mengikut prosedur, kegagalan penguatkuasaan dan kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan.

2. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?

Tiada bayaran dikenakan.

3. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?

Perlu memaklumkan hubungan anda dengan pengadu. Anda perlu mendapatkan keizinan daripadanya. Bagaimanapun, kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat peribadi termasuk nama, alamat untuk dihubungi dan nombor telefon.

4. Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberi nama?

Ya. MDJ menerima aduan tanpa nama atau histleblower’. Pada kebiasaannya kami tidak akan melakukan siasatan melainkan aduan itu membangkitkan sesuatu perkara yang serius dan terdapat maklumat mencukupi dalam aduan untuk membolehkan kami menjalankan siasatan.

5. Adakah semua aduan boleh dirujuk kepada MDJ?

Semua aduan boleh dirujuk kepada MDJ kecuali aduan-aduan terhadap dasar Kerajaan, perkara-perkara di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kira-kira Awam, Badan Pencegah Rasuah dan Biro Bantuan Guaman. Kami tidak menerima aduan-aduan yang telah dirujuk kepada peguam atau mahkamah.

6. Bagaimana cara membuat aduan?

Anda boleh mengemukakan aduan melalui telefon, hadir sendiri (borang), menulis surat, faks, laman web kami dan semasa kami mengadakan program-program bertemu orang ramai.

7. Apa yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada MDJ?

Aduan anda perlu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk membolehkan MDJ menilai kedudukannya dan cara terbaik untuk membantu. Kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat-maklumat peribadi termasuk nama, alamat untuk dihubungi dan nombor telefon untuk membolehkan kami melaporkan perkembangan siasatan. Kami boleh merahsiakan butir-butir peribadi ini jika diminta oleh pengadu.

Sila beritahu kami dengan jelas apa yang anda mahu MDJ siasat. Berikan sebanyak mungkin maklumat termasuk salinan-salinan surat atau dokumen yang menunjukkan anda telah berusaha menyelesaikan aduan itu dengan agensi berkenaan. Beritahu kami hasil yang dikehendaki.

8. Apa berlaku kepada aduan saya?

Aduan anda akan di panjangkan ke jabatan/unit yang berkaitan dan siasatan mengenai aduan anda akan disegerakan jika segala maklumat seperti lokasi dan alamat kes dinyatakan dengan tepat. Surat Akuan Terima akan di keluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja.

9. Berapa lama MDJ membuat siasatan?

Kami akan menyelesaikan aduan-aduan anda seberapa segera yang boleh. Bagi kes-kes yang rumit yang melibatkan beberapa agensi, ia mungkin mengambil masa untuk menyiasat. Piagam Pelanggan kami menetapkan piawaian perkhidmatan dengan lebih terperinci.

10. Penolakkan aduan.

MDJ berhak menolak aduan yang dikemukakan sekiranya pengadu enggan memberikan maklumat yang betul dan lengkap, aduan yang berniat jahat, berbentuk ugutan atau ancaman dan sebarang aduan yang menggunakan bahasa kesat dan lucah.

Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader